Mositun Tinjau Kerosakan Jalan Akibat Tanah Runtuh Di Gana

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun semalam turun padang di Kampung Gana dekat sini bagi meninjau kerosakan jalan akibat tanah runtuh yang berlaku semasa hujan lebat baru-baru ini.

Advertisements

Beliau berkata jalan kampung menuju ke kg Gana itu runtuh serta culvert mengalami kerosakan akibat hakisan banjir.

“Jalan kampung ini perlu diperbaiki serta perlu pemasangan culvert dengan segera,” katanya hari ini.

Mositun yang juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah berkata beliau akan melakukan yang terbaik dan termampu bagi “menolong” rakyat, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Limbahau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles