Ewon Teruskan Bantuan Bakul Makanan Di Kadamaian

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Ewon Benedick meneruskan program bantuan bakul makanan kepada isirumah yang mendesak keperluan di kawasan DUN Kadamaian.

Advertisements

Beliau menyatakan Pusat Khidmat Adun Kadamaian akan melaksanakan program bantuan tersebut termasuk kepada isirumah yang dikuarantin wajib dan belum menerima bantuan daripada kerajaan.

“Jika ada bendera putih yang dikibarkan menunjukkan isirumah memerlukan bantuan bakul makanan, minta maklumkan kami di Pusat Khidmat Adun Kadamaian agar kami dapat membantu setakat yang boleh,” katanya.

“Walaupun Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Dearah Kota Belud bagi pihak kerajaan juga melaksanakan program bantuan makanan seperti ini, namun kita difahamkan ianya untuk mereka yang berdaftar di bawah senarai e-Kasih dan juga isirumah yang dikuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Namun, masih terdapat isirumah yang tidak berdaftar dengan e-Kasih tetapi yang amat mendesak keperluannya. Mereka menghubungi kami. Justeru, menjadi tanggungjawab saya selaku Adun Kadamaian dan Pusat Khidmat saya untuk membantu mereka,” kata Ewon.

Pada hari ini, Ewon telah menyediakan sebanyak 400 set bakul makanan untuk diagihkan kepada mereka yang telah menghubungi pusat khidmat beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles