๐—ฃ๐—  ๐— ๐˜‚๐—ต๐˜†๐—ถ๐—ฑ๐—ฑ๐—ถ๐—ป, ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐˜๐˜‚๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—ข๐—น๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ถ

Saya berharap agar PM Tan Sri Muhyiddin segera sembuh daripada sakit.ย  Semoga sepanjang menjalani rawatan telah beroleh ketenangan, petunjuk serta keberanian untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi mengakhiri krisis politik, kemelut yang didominasi oleh konsentrasi kuasa dan pembuatan keputusan oligarki, agar kerajaan dan rakyat dapat focus kepada pandemik dan ekonomi.

Advertisements

Saya menyambut baik pengumuman Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan pada 2 Julai bahawa Parlimen akan bersidang semula sebelum 1 Ogos dan mesyuarat Kabinet pada 7 Julai akan memutuskan perinciannya.

Saya amat berharap agar keadaan kesihatan PM tidak dijadikan alasan untuk menangguhkan keputusan sehingga menyebabkan orang ramai hilang sabar.ย  Peningkatan kes bunuh diri yang semakin meningkat seharusnya mengingatkan kita semua bagaimana Arab Spring bermula di Tunisia pada tahun 2010.

Bukan hanya sekadar bersidang semula, Parlimen seharusnya menjadi institusi profesional dengan kekuatan sebenar, di mana kedua-dua barisan ahli-ahli parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan dapat memberi sumbangan idea dan menjadi wakil rakyat yang membawa suara masyarakat dalam proses pembuatan dasar.

PM seharusnya menyedari bahawa teras kepada krisis politik kita adalah pembuatan dasar oligarki yang dibentuk seawal tahun 1969, di mana keputusan penting dibuat oleh menteri dan pegawai kanan awam, manakala fungsi sebenar Parlimen adalah untuk membahaskan secara ritual dan meluluskan semua rang undang-undang, belanjawan kerajaan dan polisi, menyebabkan tuntutan masyarakat dianggap penghinaan dan sebagai agenda politik.

Pembuatan dasar oligarki ini telah menghasilkan penumpuan kuasa yang menyebabkan ahli-ahli politik hilang kewarasan dan korup, akses eksklusif serta pengaruh besar daripada pihak berkepentingan dan kroni, dan yang paling membinasakan, terputusnya hubungan dengan masyarakat akar umbi yang mempunyai keperluan yang memerlukan dedikasi masa dan tenaga.

Dengan menutup Parlimen dan mengalihkan kuasa untuk menentukan keputusan penting daripada Kabinet kepada Majlis Keselamatan Negara (NSC) yang didominasi oleh sembilan lelaki, keadaan Darurat telah mengecilkan lagi lingkungan oligarki yang memerintah. Kesannya adalah polisi yang lalai, diikuti dengan reaksi amarah masyarakat, dasar cacamerba dan akhirnya peningkatan ketidakpercayaan terhadap kerajaan. Perebutan kuasa antara Azmin Ali sebagai Timbalan Ketua MKN dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan Menteri Pertahanan Ismail Sabri memburukkan lagi keadaan yang telah sedia keruh.

Untuk keluar dari krisis, Malaysia memerlukan timbang tara yang dinilai daripada perdebatan dan konsensus menyeluruh dari segenap pelusuk dalam menentukan hala tuju dasar berkaitan Covid-19: adakah untuk melandaikan lengkuk atau untuk kembali ke kehidupan normal?ย  Mana-mana arah mempunyai risiko tersendiri, dan melibatkan pelbagai langkah dalam aspek kesihatan dan ekonomi yang berkemungkinan tidak popular. Permuafakatan antara parti adalah penting untuk mengelakkan perbalahan partisan dan membina keyakinan masyarakat.

PM seharusnya menunjukkan kerendahan hati dan keikhlasan untuk menyelesaikan krisis ini dengan melibatkan pihak pembangkang. Daripada terus enggan untuk membuka Parlimen kerana khuatir akan kejatuhan kerajaan, beliau seharusnya mengambil peluang untuk melakukan langkah pembaharuan dengan memasukkan Ahli Parlimen Pembangkang dan penyokong kerajaan dalam pembuatan dasar supaya tanggungjawab melaksana dasar ditanggung oleh semua pihak.

Semasa mesyuarat Kabinet pada 7 Julai, saya harap PM akan membuat pengumuman penubuhan lebih banyak Jawatankuasa pilihan khas (JPK) Parlimen bagi setiap portfolio kementerian danย  melibatkan setiap Ahli Parlimen yang bukan Menteri atau Timbalan Menteri.

Pada masa ini, hanya sembilan JPK merangkumi 17 dari 28 portfolio menteri, sekaligus mengenepikan 88 (40%) daripada 220 anggota Parlimen yang ada – 79 daripada bahagian pembangkang dan 9 daripada barisan belakang kerajaan daripada sebarang tanggungjawab jawatankuasa. Dan Parlimen hanya bersidang dua bulan dalam setahun. Semua ini perlu berubah.

Sekiranya PM ingin terus menjalankan tugasnya, dia mesti sedia untuk berkongsi kuasa dengan Pembangkang dan penyokong kerajaan di Parlimen. Paradigma oligarki pasca 1969 seharusnya dihapuskan memandangkan kita kini dalam era digital abad ke-21. Teknokrat masih pentingย  namun idea dasar daripada mereka perlu diteliti oleh JPK dan bukan hanya Menteri dan Timbalan Menteri.

Tiga krisis politik, kesihatan dan ekonomi kita lebih bersifat struktur daripada peribadi. Sekiranya kita terus mengekalkan oligarki menteri, penjawat awam dan golongan elit politik-perniagaan, kita akan terus melihat pembuatan dasar yang lalai, reaksi amarah awam dan dasar cacamerba. Walaupun Perdana Menteri ditukar setiap bulan , tindakan tersebut tidak akan mampu menyelamatkan keadaan kita sekarang.

Sekiranya PM takut kejatuhan kerajaannya ketika Parlimen dibuka kembali, selewat-lewatnya pada sesi pembentangan belanjawan, dia mesti mencapai kata sepakat dengan Pembangkang untuk gencatan politik. Sekiranya beliau bersetuju untuk berkongsi kuasa melalui Parlimen, saya yakin ramai Ahli Parlimen Pembangkang yang boleh mempertimbangkan agar kerajaan sekarang diteruskan sehingga tarikh PRU15 yang telah dipersetujui.

PM tidak seharusnya membuat tuntutan melulu dan tidak masuk akal terhadap Pembangkang. Sama seperti ahli parlimen yang lain, Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhak mengemukakan usul menjatuhkan kerajaan yang tidak berfungsi. Tidak ada salahnya dia mahu menjadi PM sekiranya penyandang jawatan tersebut enggan memilih langkah damai dan tidak memperoleh majoriti.

Kerajaan yang lemah boleh mencari tetapi tidak boleh menuntut gencatan politik. Ini adalah realiti politik dan memilih untuk ambil peduli hanya akan megundang penghinaan, pilihan yang semakin terhad yang akhirnya menjerat diri.

Saya berharap PM beroleh ketenangan dalam kedamaian di hospital agar dapat melakukan timbang tara dengan jelas mengenai legasi yang ingin ditinggalkannya apabila meninggalkan area politik kelak. Semoga Tuhan memberkati dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk membuat keputusan terbaik demi negara dan dirinya sendiri.

 

Kenyataan Akhbar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius

Related Articles

253FansLike

Latest Articles