Polis Kota Kinabalu berjaya lumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran dadah

KOTA KINABALU: Polis bandaraya Kota Kinabalu berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket pengedaran dadah dengan penangkapan dua lelaki warga tempatan di Inanam.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah berkata kedua-dua saspek berumur 30 dan 32 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilancarkan di kawasan Suria Inanam, sekitar jam 2.40 petang semalam.

Katanya berikutan serbuan itu, polis telah merampas dua kenderaan pacuan empat roda jenis Ford dan Isuzu DMax bersama tiga bungkusan plastik berisi dadah jenis syabu 3109.25 gram yang dibungkus rapi dalam China Tea bertulis “Tie Guan Yin” bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bercakap dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, Mohd Zaidi berkata turut dirampas ialah empat telefon bimbit yang digunakan untuk transaksi pengedaran.

Beliau berkata dadah itu disyaki untuk diedarkan kepada pengedar berdasarkan maklumat yang diterima.

Mohd Zaidi berkata nilai rampasan dadah itu dianggarkan mencecah RM110,000 dan berupaya memenuhi permintaan hampir 15,096.25 orang penagih dalam satu-satu masa.

Menurutnya kedua-dua saspek tidak memiliki pekerjaan tetap dan menjadi “dalang” sindiket pengedaran dadah rentas sempadan.

Katanya mereka berdua melakukan aktiviti pengedaran dadah di dalam dan luar Kota Kinabalu dengan upah antara RM1,000 dan RM5,000 bagi setiap transaksi.

Mohd Zaidi berkata kedua-dua saspek tidak mempunyai rekod lampau tetapi seorang didapati positif dadah.

Katanya sebuah kenderaan jenis landcruiser, seutas jam berjenama dan pelbagai jenis barang kemas yang kesemuanta bernilai RM592,778.00 turut disita kerana disyaki digunakan untuk pengedaran dadah.

Beliau berkata kes itu disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles