Perimas Sokong Usaha Ketua Menteri, Kerajaan Sabah Tangani Pandemik Covid-19 — Rafih

KOTA KINABALU: Persatuan Pengusaha Industri Makanan Bumiputera Islam Sabah (PERIMAS) menyambut baik dan menyokong penuh Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah 150 bilion yang diumumkan Kerajaan semalam bagi membantu rakyat berdepan krisis kesihatan dan ekonomi sekarang.

Advertisements

Presidennya Rafih Mohd Said menyifatkan pakej PEMULIH pelan komprehensif dan inklusif itu sebagai berita baik yang melegakan semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Katanya pelan itu menandakan Kerajaan mendengar kesusahan dan mahu membantu rakyat menangani Pandemik Covid 19 khasnya isirumah dan komuniti peniaga PKS Mikro yang terjejas teruk ekoran PKP “Lockdown” sekarang.

“Sasaran Sebanyak 1 juta perniagaan PKS mendapat bantuan kewangan amat kena pada masanya.

“Pakej Moratorium pinjaman selama 6 bulan tanpa syarat, penangguhan dan diskaun sewa , Geran GKP Tambahan , bantuan Kewangan Bank Negara Malaysia boleh mambantu PKS Sabah berjumlah lebih 50,000 usahawan yang mana 80% adalah bertaraf Mikro meneruskan perniagaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rafih pakej tersebut diyakini dapat membantu PKS mengatasi kekurangan aliran tunai serta mengatur strategi baru untuk bangkit semula demi kesinambungan perniagaan sebaik sahaja Pandemik ini berjaya diatasi.

Beliau juga memuji usaha gigih Kerajaan Negeri Pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menangani Pandemik Covid -19 di Sabah.

Pada 18 Jun lepas, Ketua Menteri membuat Pengumuman Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan pembukaan operasi beberapa beberapa aktiviti ekonomi antaranya makan di restoran dan sosial termasuk sukan dan riadah serta beberapa sektor pembuatan terpilih secara berperingkat dengan SOP pada 28 Jun 2021.

Beliau yakin Ketua Menteri akan membuat segala usaha yang terbaik bagi merancakkan semula ekonomi Sabah dalam masa sama membendung Pandemik Covid 19 sekarang.

“Baru-baru ini YAB Ketua Menteri telah melancarkan pakej BANTUAN SABAH PERIHATIN (BSP) berjumlah 154 Juta yang mambantu rakyat berbagai golongan meringankan beban khasnya isirumah, golongan rentan dan Sektor PKS Mikro di Sabah yang terjejas sarahidup mereka.

“Kesungguhan Kerajaan Negeri juga dalam program Vaksinasi terus diperhebat dimana YAB Ketua Menteri memengumumkan sasaran 30,000 penerima Vaksin sehari bermula Julai melalui Program Vaksinasi yang sistematik melalui Program Outreach bagi komuniti Desa dan pedalaman, Vaksinasasi Mobile(MOVAC), Vaksinasi Industri (PIKAS), Pengelibatan PPV Swasta, Vaksinasi Pandu-Lalu, PPV IPT yang sedang diaktifkan di Sabah untuk mencapai Imuniti Kelompok lebih awal dari sasaran penghujung tahun 2021,” katanya.

Menurut Rafih dengan usaha bersungguh-sungguh Kerajaan Negeri, beliau yakin kerajaan berada landasan yang tepat kearah pemulihan ekonomi ini selaras dengan fasa Pelan Pemulihan Nasional PPN.

Rafih berharap tumpuan untuk memulihkan ekonomi Negeri dapat dimulakan lebih awal sekarang dengan peranan Agensi Keusahawanan di Sabah. Perancangan awal penting bagi membantu membina semula kekuatan ekonomi PKS di Sabah setelah terjejas lebih setahun.

Dalam berdepan cabaran perniagaan, Rafih juga menyokong gesaan YAB Ketua Menteri baru-baru ini supaya agensi-agensi Persekutuan menunjukkan komitmen dan memainkan peranan mereka untuk membina kekuatan ekonomi dan membangunkan Sabah seiring dengan Pelan HALATUJU SABAH MAJU JAYA yang menjadi gagasan YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah.

Beliau menyarankan Agensi-Agensi utama Keusahawanan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi9MEDEC) termasuk Majlis Amanah Rakyat, Tekun, PUNB, PNS mula mempergiatkan program dengan sasaran yang jelas sekarang untuk membantu Kepimpinan Negeri ini membangunkan Sabah dengan memacu pemulihan dan pemerkasaan PKS khasnya dikalangan Bumiputera di Sabah.

Dalam ekosistem transformnasi Digital yang begitu pesat semasa Pandemik sekarang Rafih menyarankan agensi pusat Malaysia Digital Economy corporation( MDEC) segera memulakan program mereka di Sabah bagi memperkasa pengetahuan Digital Usahawan PKS Mikro Sabah supaya mereka tidak ketinggalan dengan trend semasa perniagaan,” katanya.

Beliau mengesa Kebanyakan usahawan PKS Mikro sekarang yang belum beralih kepada Pemasaran Digital perlu menukar model perniagaan konvensional yang tidak lagi sesuai dan berkesan kepada pemasaran Digital Dalam Talian untuk terus relevan dan menjamin kesinambungan perniagaan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles