KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran vaksin di bawah Program Vaksinasi Covid-19 Nasional.
Penyertaan hospital swasta dalam program itu merupakan petanda baik kepada misi kerajaan Sabah untuk mencapai sasaran 268,000 penduduk negeri yang dapat disuntik vaksin di bawah fasa kedua program vaksinasi nasional.
Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed berkata tumpuan program itu ialah warga emas, golongan berisiko tinggi dan golongan kurang upaya.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata hospital pakar berkenaan bersedia membantu kerajaan negeri merealisasikan imuniti kelompok.
Hospital KPJ Sabah merupakan antara hospital swasta yan diberi authoriti untuk mentadbirurus program vaksinasi kepada orang awam.
Buat masa ini, katanya kouta yang diberikan kepada hospital KPJ Sabah ialah 100 dos setiap hari.