JPEPS Dibentuk Untuk Rancang Pembangunan Daerah Sandakan Sebagai Bandaraya Kedua di Sabah

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sandakan (JPEPS) dibentuk bagi memandu lonjakan seterusnya untuk menjadikan daerah Sandakan sebagai bandaraya kedua di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata jawatankuasa yang telah dipersetujui oleh Kabinet negeri itu berperanan dalam soal merancang dan melaksanakan program pembangunan daerah Sandakan yang lebih bersistemetik dan berdaya maju.

Katanya, pembangunan ini akan terus dipacu oleh kluster-kluster ekonomi utama seperti pelancongan , perindustarian perniagaan tani dan pembangunan modal Insan

“Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengumpul maklumat dan membantu kerajaan negeri dalam perancangan pembangunan ekonomi dan pelaburan daerah Sandakan selaras dengan usaha menjadikan Sandakan sebagai Majlis Bandar Raya dan mencapai objektif hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut di Bangunan Umno Sabah di sini kemarin.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Jafry Arifin Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Mohamad Hamsan Awang Supain ,wakil wakil rakyat kerajaan Timbalan Presdien I Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau dan Timbalan Presiden II (MPS) Harun Arifin.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya antara fungsi jawatankuasa tersebut mengesyorkan kepada kerajaan negeri semua projek pembangunan yang bepotensi bagi pertumbuhan ekonomi dan peluang-peluang pelaburan untuk dimasukkan dalam perancangan pembangunan ekonomi Sandakan.

“Daerah Sandakan mempunyai pelbagai pontesi untuk dimajukan antaranya Biodiversiti yang cukup menarik untuk sektor pelancongan, perindustrian dan lain-lain selain menyediakan sitem perhubungan jalanraya, bekalan air dan elektrik yang mencukupi untuk menarik pelawat dan pelabur ,melabur di daerah Sandakan” katanya.

Justeru Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan jawatankuasa yang dibentuk ini turut berperanan menggalakkan dan memasarkan pembangunan Sandakan sebagai satu lokasi perniagaan dan pelaburan yang menarik selain turut memperkasakan daerah daerah lain yang diluar dari kawasan Majlis Perbandaran seperti Beluran,Kinabatangan dan Tongod.

Tambah Bung perpindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan kelak sudah tentu memberikan kesan positif khususnya dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Sabah khsusunya daerah Sandakan

Beliau berkata perpindahan itu akan menyaksikan banyak pembangunan dilaksanakan di Kalimantan termasuk pembangunan infrastruktur.

“Oleh itu kita yang berhampiran dengan mereka, sudah tentu membantu dari segi membekalkan pelbagai keperluan antaranya tenaga elektrik dan dalam masa yang sama kita dapat menyediakan sesuatu yang boleh menarik mereka melawat ke daerah Sandakan dan ini sudah tentu memberi impak positif dari segi pulangan ekonomi rakyat khususnya di daerah Sandakan” katanya

 

Caption:

A. BUNG MOKTAR RADIN ketika mempengerusikan mesyuarat

Related Articles

253FansLike

Latest Articles