Kerajaan Terus Fokus Memerangi Pandemik Covid-19

PAITAN: Kerajaan akan terus fokus dan bekerja keras untuk keluar dari kemelut pandemik COVID-19 serta memulihkan dan membangunkan semula ekonomi negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Advertisements

Menurutnya kerajaan tidak akan terganggu dalam apa-apa keadaan sekalipun dan akan terus bekerja bersama-sama dengan barisan hadapan negara dan rakyat dengan satu matlamat utama iaitu memerangi pandemik COVID-19 yang menjadi ancaman besar terhadap keselamatan dan kehidupan ekonomi rakyat.
Justeru itu, beliau menggesa orang ramai untuk sama-sama menyahut seruan YAB Perdana Menteri baru-baru ini untuk terus cekal dan kekal dengan semangat juang untuk tempoh yang mendatang bagi mengharungi cabaran pandemik COVID-19.
melandaikan keluk jangkitan COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan
“Tidak dapat dinafikan penutupan sektor ekonomi memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat, namun Kerajaan terpaksa melaksanakan PKP ini bagi melandaikan lengkuk jangkitan wabak COVID-19 sekaligus memastikan sistem kesihatan awam negara tidak runtuh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 200 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Maidan, hari ini. Turut hadir, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk YB Samad Jambri dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah Haji Ribin Bin Haji Wahid.
Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang keseluruhannya berjumlah RM340 bilion walaupun Kerajaan mempunyai ruang fiskal yang amat terhad.
Terbaharu adalah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya kesemua ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan rakyat dan setiap keputusan yang diambil oleh Kerajaan adalah dengan dengan memastikan wujud keseimbangan antara keperluan untuk melindungi nyawa dan menjamin kelangsungan hidup rakyat. Katanya kerajaan setakat ini telah mengambil pelbagai langkah untuk
termasuk pelaksanaan pengawalan rapi pintu masuk antarabangsa, kuarantin, penguatkuasaan tegas Prosedur Operasi Standard (SOP), mempertingkat kapasiti kesihatan awam, pelbagai aktiviti dan kesedaran awam, kempen pembudayaan norma baharu dan sebagainya. “Malaysia pernah mendapat pengiktirafan dunia dalam mengawal pandemik
sebelum ini dan saya percaya dengan usaha-usaha berterusan Kerajaan bersama-sama dengan barisan hadapan dan kerjasama rakyat keseluruhannya, kita akan sekali lagi berjaya melandaikan lengkuk jangkitan wabak
,”katanya.
Langkah-langkah fiskal yang diambil Kerajaan telah memberikan pelbagai impak positif untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan serta menyediakan bantuan kepada rakyat dan sektor ekonomi yang terkesan.
Bagi menyokong sektor pertanian dan industri makanan serta menjamin sekuriti makanan negara, pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, penternak dan nelayan. Di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank sahaja, RM350 juta telah diperuntukkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Setakat 16 Jun 2021, sebanyak RM198.67 juta telah diluluskan di bawah skim ini bagi memanfaatkan 15,612 PKS Mikro pertanian.
“Kerajaan sentiasa memberi penekanan khusus terhadap sekuriti makanan bagi memastikan jaminan dan kelangsungan bekalan makanan negara.
“Kerajaan berada di atas landasan yang betul untuk beralih keluar dari kemelut pandemik COVID-19 kepada norma kehidupan seharian seperti mana yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merangkumi empat fasa yang akan membolehkan negara keluar dari pandemik COVID-19, namun kejayaan pelan ini memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dengan terus mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi, pematuhan SOP sepanjang masa serta terus berdaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin,” kata Dr Ronald.
Beliau berkata peralihan dari satu fasa ke fasa seterusnya mengikut strategi PPN adalah berpaksikan tiga indikator ambang utama ataupun threshold termasuk purata kes baharu COVID-19 harian, kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratusan penduduk yang divaksin sepenuhnya.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dilaksanakan dengan peningkatan kadar pemberian vaksin harian. Ini akan membantu menjayakan PPN mencapai sasaran sekurang-kurangnya 26 juta populasi di Malaysia diberi vaksin menjelang akhir tahun ini bagi mencapai imuniti kelompok.
Dalam pada itu, penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 200 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Maidan hari ini adalah merupakan sebahagian daripada 16,000 bakul makanan yang diagihkan oleh Pejabat Parlimen Beluran kepada KIR di Parlimen Beluran sepanjang pelaksanaan PKP 3.0. Bakul makanan terbabit yang mengandungi barangan keperluan asas adalah bagi mengurangkan beban penduduk setempat.
Pengagihan dilakukan menerusi tiga zon iaitu di Sugut membabitkan 5,000 KIR manakala Telupid dan Labuk membabitkan 5,000 dan 6,000 KIR. Pengagihan bakul makanan itu telah dimulakan di Zon Sugut pada Rabu lepas yang dilaksanakan di Kampung Botition diikuti di Pentas Rakyat Paitan dan Dewan Kampung Timbulus. Pengagihan bakul makanan itu seterusnya akan dilaksanakan di Zon Telupid dengan penyerahan akan diadakan di Dewan Kampung Bouto, Dewan Kampung Gana Jati dan Dewan Kampung Bintang Mas. Manakala bagi Zon Labuk, penyerahan bakul makanan akan dilaksanakan di Kampung Rampek Beluran.
YB Menteri MAFI juga telah melawat kawasan pengeluaran hasil pertanian untuk tujuan pasaran di Kampung Maidan yang dihasilkan oleh masyarakat setempat. FAMA terus membantu penduduk setempat disini untuk memasarkan hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan yang dapat menjana pendapatan mereka.
Semua operasi serta aktiviti yang melibatkan pemasaran hasil pertanian dan produk industri makanan dibenarkan terus beroperasi seperti biasa sepanjang masa bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang harus sentiasa dipatuhi oleh semua usahawan yang terlibat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles