Kerajaan GRS Susun Strategi Tersendiri Percepatkan Program Vaksinasi di Sabah – Bung

Oleh Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

SANDAKAN: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sedang menyusun strategi dan mekanisma tersendiri bagi memastikan seluruh rakyat negeri ini akan menerima vaksin secepat mungkin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini termasuk memperhebatkan program “outreach” vaksinasi di kawasan luar bandar, terutama kawasan terpencil.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Negeri berkata ini penting bagi memastikan rakyat dapat dilindungi daripada wabak Covid-19.

Kita lihat di seluruh negara serangan Covid-19 amat dahsyat sekali, ini kita tidak biarkan berlarutan.

“Jadi kerajaan GRS merancang sesuatu bagi memastikan seluruh rakyat alan mrnerima vaksin secepat mungkin dan kita menyusun strategi dan mekanisma agar masyarakat luar bandar tidsk ketingalan,” katanya.

Bung berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Outreach vaksinasi Covid-19 di Kampung Tanjung Aru, daerah Kinabatangan hari ini.

Turur hadir Menteri Pelancongan kebudayaan Dan Alam sekitar dtk Jafry Arifin, Timbalan presiden Majlis Perbandaran Sandakan Faridah Giau dan pengawai kesihatan Sandakan Dr. Johari Awang Besar.

Bung berkata beliau berpuashati dengan sambutan masyarakat terhadap program tersebut yang diharap dapat memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Katanya program yang serupakan akan diperluaskan kawasan terpencil yang lain dan pada Ahad, program yang serupa dijadual diadakan di Dun Lamaq.

Sehubungan itu, Bung menyeru rakyat Sabah khususnya di Sandakan supaya segera mendaftar untuk menerima suntikan vaksin demi mencapai keimunan kelompok.

“Jangan bimbang…jangan tskut kerana vaksin ini selamat digunakan. Ini perlu bagi mrmastikan kita selamat menjalani kehidupan seharian,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles