Pemuda Umno Beaufort, Belia Sepakat Menumbok Bantu Penduduk Manggis Terkesan PKPD

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KUALA PENYU: Sebanyak 60 rumah yang diduduki kira kira 300 orang ahli keluarga di kampung Manggis Menumbok dekat sini terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif Covid-19 di kampung tersebut.

PKPD yang bermula sejak 14 Jun lepas yang dijangka berakhir 27 Jun ini bertujuan memutuskan rantaian jangkitan dengan menghalang pergerakan masuk individu luar ke kawasan perkampungan itu.

Selain itu, pelaksanaan PKPD dilokati tersebut juga untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan bersiko keluar dari lokaliti tersebut.

Sebahagian besar penduduk yang terlibat bekerja sendiri samaada sebagai petani atau nelayan

Menyedari kesukaran penduduk yang terpaksa “berkurung” di rumah untuk tempoh dua minggu berikutan pelaksanaan KPD tersebut, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan kerjasama Persatuan Belia Sepakat Menumbok pada Rabu tampil menghulurkan bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Majlis penyampaian sumbangan itu disempurnakan bersama oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort Fadthul Radzi Lee dan Pengerusi Persatuan Belia Sepakat Menumbok Ak Zulfadhli Pg Jaafar.

Turut serta pada majlis itu Setiuasaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Ag. Mohd Izzan.

Ketika ditemui selepas majlis penyampaian tersebut, Fadthul Radzi berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban penduduk kampung yang terlibat dengan penguatkuasan PKPD.

“Kita faham situasi sukar yang mereka (penduduk) hadapi dalam tempoh dua minggu ..terpaksa berkurung di rumah tanpa boleh melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan mereka seharian, justeru dengan sedikit sumbangan ini kita berharap dapat meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.

Sementara itu, Ak Zulfadhli meminta penduduk di situ agar bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Tindakan untuk melaksanakan PKPD ini bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya ianya lebih menjurus kepada menjaga kepentingan kesihatan rakyat bagi memutuskan rangkaian penularan virus pandemik Covid-19 tidak merebak dan membahayakan kesihatan penduduk,” katanya.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles