KENINGAU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19 tidak menghalang
Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron untuk terus menabur khidmat di kawasn Dun Sook.
Semalam sahaja, beliau turun padang mendampingi rakyat di enam kampung di Dun berkenaan.
Pada sebelah pagi, Jordan memberikan sumbangan kepada para petugas Sekatan Jalan Raya di Kg Salir dan kemudiannya menghulurkan sumbangan kepada keluarga mendiang di kampung yang sama.
Selepas itu, beliau berkunjung ke kg Pauh dan semasa lawatan di situ, beliau memberikan sumbangan kepada 17 Individu yang terdiri daripada Ibu Tunggal, OKU dan Warga Sakit dan tujuh individu di Kampung Tulid.
Pada sebelah petang, Jordan meneruskan misi lawatan ke Kampung Sinua.
Semasa di kampung berkenaan, beliau berkesempatan memberi sumbangan untuk keluarga mendiang untuk membantu mengurangkan beban yang ditanggung.
Jordan kemudian bergegas ke Kampung Tuawon dan memberi sumbangan kepada empat individu bersasar sebelum melawat destinasi terakhir Kampung Seri Menanti, Sook bagi menyempurnakan pemberian sumbangan kepada keluarga mendiang.