Salleh zahir ucapan tahniah atas pencapaian peperiksaan SPM

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menzahirkan ucapan tahniah kepada 401,105 pelajar yang memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 (SPM) pada Khamis.

Advertisements

Beliau berkata keputusan kali ini merekodkan pencapaian yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi pula, pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada tahun sebelumnya,” katanya dalam hantaram terbaharu diblognya.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata banyak cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan semasa sesi persekolahan telah ditutup selama 110 hari sepanjang 2020.

Katanya ini termasuk pelaksanaan PdPR 1.0 dalam keadaan yang tidak begitu teratur, masalah capaian internet dan kekurangan peranti bagi murid miskin.

“Alhamdulillah, di sebalik semua cabaran di hadapi murid-murid terus kekal fokus dan berusaha dalam meneruskan pembelajaran mereka sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini.

“Paling mengharukan adalah jurang yang semakin rapat antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat dan ini membuktikan yang pelan sistem pendidikan kita semakin membuahkan hasil,” katanya.

Sehubungan itu, Salleh menzahirkan penghargaan kepada golongan pendidik yang banyak berkorban untuk memastikan PDPR berjalan lancar sepanjang tahun lepas.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles