Henti Politikkan Isu Vaksininasi Covid19 – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata program vaksinisasi tidak wajar dipolitikkan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana kerajaan telah berusaha sehabis-habisan bagi memastikan negara ini mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Ini bukanlah soal mencari nama atau populariti semata sebaliknya kita mahu menyelamatkan rakyat dan negara.

“Kita masih belum menang tapi hampir pasti akan menang sekiranya semua pihak bersatu hati dalam perkara ini,” katanya dalam hantaran terbaharu diblognya.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata ancaman pandemik Covid-19 tidak boleh dipandang ringan.

Katanya semalam sahaja, jumlah pesakit Covid-19 yang dirawat di ICU mencapai jumlah paling tinggi dengan 902 kes.

‘Ini menjadikan jumlah pesakit yang dirawat di ICU semakin bertambah walaupun kes jangkitan baharu menurun,” katanya.

Salleh berkata berdasar data semasa, ini jelas menunjukkan jangkitan Covid-19 di negara ini semakin meruncing.

‘Justeru itu semua perhatian sekarang tertumpu pada usaha mendapatkan immuniti berkelompok melalui program vaksinasi kebangsaan,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan akan bersikap lebih terbuka dengan mengambil kira pandangan yang disuarakan dan mencari kaedah terbaik untuk mempercepatkan perlaksanaan vaksininasi.

“Jangan segan untuk mencontohi kaedah yang dilaksanakan di negara lain kalau ia terbukti berkesan dan cepat seperti yang berlaku di Eropah, china dan negara rantau Asia,” katanya.

Salleh turut menegaskan bahawa mentaliti rakyat juga harus dipersiapkan dalam usaha mencapai Sasaran Imuniti Kelompok (80% populasi divaksinasi).

Kerajaan perlu mempergiatkan lagi kempen, risalah atau hebahan mengenai kebaikan dan perlunya vaksin dalam usaha mengekang covid-19,” katanya.

Bagi memastikan program vaksinasi bejalan lancar, Salleh berkata bekalan vaksin harus mencukupi.

“Saya memahami kerajaan mengalami masalah dari segi mendapatkan bekalan mencukupi akibat dari dominasi negara kaya dalam pembelian terutamanya bagi vaksin yang popular seperti Pfizer.

“Namun saya berpendapat kerajaan perlu menyeimbangkan portfolio vaksin untuk kita memasukkan vaksin jenama lain seperti AstraZeneca dan juga daripada bukan negara Barat seperti Sinovac dari China,” tambah beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles