Hospital Gleneagles Komited Gunakan Segala Sumber Untuk Jayakan Program Vaksinasi Nasional

KOTA KINABALU: Hospital Gleneagles Kota Kinabalu yang merupakan Pusat Pemberian Vaksin Swasta pertama di Sabah komited menggunakan segala sumber tenaga manusia dan kemahiran bagi membantu merealisasikan misi dan visi Program Vaksinasi Nasional.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles, Dr Tan Bee Hwa berkata negara ini kini berdepan ancaman Covid-19, maka semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan program vaksinasi itu mencapai sasaran 24 juta orang.

Beliau berkata Hospital Gleneagles mempunyai vaksin mencukupi yang dibekalkam oleh kerajaan iaitu sekitar 100 dos sehari.

“Sehingga 1015 pagi ini, hari pertama pemberian vaksin, seramai 20 orang sudah menerima vaksin, kita jangka lebih ramai lagi yang datang selepas ini, ” katanya.

Dr Tan berkata demikian ketika pemberita ketika ditemuduga sempena pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau optimis hospital swasta itu berkemampuan untuk menampung jumlah penerima vaksin yang lebih besar pada masa akan datang.

Katanya senarai nama yang bakal menerima vaksin akan diberikan oleh kerajaan dan hospital berkenaan akan membantu menyediakan kemudahan vaksinasi sehingga pandemik iti dapat ditangani sepenuhnya.

Dr Tan turut menyeru hospital swasta yang lain supaya turut serta dalan program vaksinasi nasional kerana inisiatif itu sangat penting untuk mengatasi masalah wabak Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles