Oleh: Jaafar Abdul Wahid
TAMPARULI: Gangguan bekalan air yang dialami oleh penduduk di kawasan Sepanggar Unversiti Apartment , Bandar Sierra,Taman Rimba Manggatal dan sekitarnya dijangka pulih selepas Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2 beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata,projek itu bakal meningkatkan kapasiti 160 juta liter sehari (MLD) berbanding 80 juta MLD ketika ini.
“ Projek ini tertangguh dari jadual asal penyiapannya, pihak kontraktor telahpun diberikan pelanjutan masa untuk menyiapkanya dan berharap ianya dapat disiapkan seawal tahun 2023 agar isu gangguan bekalan air di Sepanggar dan sekitarnya dapat ditangani segara” katanya ketika dtemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi melihat kemajuan perlaksanaan projek Loji Rawatan Air Telibong Fasa 2 kemarin.
Turut serta Pengarah Air Negeri Sabah Edward Lingkapo, Pegawai-Pegawai kanan Jabatan Air dan Konsultan projek berkenaan.
Bung berkata beliau ingin melihat dari bulan ke bulan projek tersebut menampakan kemajuan perlaksanaany dari kontrator pelaksana bagi mencapai sasaran projek tersebut siap sepenuhnya pada tahun depan.
“ Kita bukan mendesak kontrator pelaksana,kita faham dalam setuasi sekarang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkankuasakan antara kakangan yang dihadapi oleh kontrator namun jangan jadikan ini sebagai aslasan projek ini tidak menampakkan kemajuan pelakasanaanya” tegas Bung.
Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya kapsiti sedia ada ketika ini tidak dapat menampung keperluan air bersih yang meningkat berikutan pertumbuhan pesat bandar raya Kota Kiabalu menyebabkan ada kawasan berdepan dengan gangguan air.
“ Selain itu antara faktor lain menyebabkan gangguan ialah pembinaan projek projek pembangunan antara projek jalanraya Pan Borneo, kecurian air dan masalah pencemaran air sungai Tuaran dimana apabila keadaanya airnya keruh ianya tidak dapat diproses “ tambah Bung.
Bagi mengatasi masalah air keruh tidak dapat diproses, Bung menjelaskan Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan projek Pembinaan kolam takungan air dimana ini merupakan antara langkah penyelasaian jangka panjang bagi mengatasi masalah gangguan air di negeri ini.
“ Seperti Projek Loji Rawatan Air Telibong fasa 2 ini kita mempunyai dua kolam takungan Air dimana ini boleh mengatasi masalah air keruh tidak dapat diproses atau ketika musim kemarau air akan di salurkan dari kolam takungan ” katanya
Menurut Bung yang juga ahli dewan undangan negeri kawasan Lamag pembinaan kolam takungan air akan diperluaskan di beberapa buah daerah di Sabah antaranya Beaufort ,Pitas ,Sipitang dan lain lain daerah.
“ Kita akan perincikan rancangan pembinaan ini untuk memohon peruntukan dari kerajaan dimana langkah ini adalah langkah jangka panjang untuk mengatasi masalah gangguan air yang berlaku di seluruh Sabah” tambah Bung