Salleh Bangkitkan Keperluan Menambahbaik Pakej Pemerkasa Plus Untuk Keselesaan Rakyat – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membangkitkan keperluanĀ  beberapa penambahbaikan terhadap Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) yang dilaksanakan susulan penguatkuasaan sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun.
Beliau berkata ini termasuk syor peningkatan kecil bagi Geran Khas Prihatin (GKP) yang hanya menerima penambahan sebanyak RM500.
Salleh yang juga Adun Usukan berkata peniaga merupakan antara yang paling banyak menanggung kerugian akibat larangan pembukaan premis perniagaan.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu kemudahan moratorium pinjaman tiga bulan
yang masih bersasar, dan bukannya automatik, serta masih dikenakan faedah dan hanya untuk golongan B40.
“Keciciran golongan M40 atau miskin bandar yang dipinggirkan dari senarai penerima bantuan khas ini turut dipersoalkan kerana mereka juga turut terkesan.
“Diharapkan teguran ini dipandang serius oleh kerajaan supaya tiada yang terpinggir dan ditinggalkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran terbaharu diblognya.
Mengenai GKP, Salleh berkata antara inisiatif yang terkandung dalam GKP ialah geran perniagaan, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan moratorium bersasar bagi B40 dan M40 yang terkesan akibat “Total lockdown”.
Ā Beliau berharap agar perlaksanaannyaĀ  memberi kesan positif secara menyeluruh.
“Biarlah kita berkorban sementara buat masa yang singkat ini dari kita menderita secara berpanjangan akibat ingin menjaga hati pihak-pihak yang berkepentingan.
Fokus kerajaan buat masa ini mestilah untuk rakyat kerana peningkatan kes yang dilihat tidak terkawal dan kadar kematian yang semakin meningkat melebihi 100 orang sehari,” katanya.
Dalam hal ini, Salleh berkata kerajaan boleh mencontohi negara-negara yang telah berjaya menangani covid seperti China, Australia dan Vietnam yang perlaksanaannya amat ketat, teliti serta tangkas.
“Penekanan sepenuhnya diberikan melalui perintah berkurung yang tegas, penggantungan sektor yang berisiko dan tidak perlu selain pemberian bantuan subsidi barang keperluan asas,” katanya.
Menurutnya peperangan dengan COVID-19 hanya boleh dimenangi dengan kesepaduan semua pihak, tidak kira latar belakang, pangkat, darjat dan profesionĀ  dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles