Polis Sabah Tahan Pemimpin Star Berhubung Kes Gangguan Seksual Peserta Unduk Ngadau 2021

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan seorang pemimpin Parti Star Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes mencabul seorang peserta Unduk Ngadau di sini baru-baru ini.
Beberapa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kota Kinabalu muncul di pejabatnya semasa lelaki berkenaan mengadakan sidang akhbar sekitar jam 1.10 petang tadi (3 Jun).
Bagaimanapun, difahamkan pihak polis tidak menghentikan sidang akhbar berkenaan dan membenarkan lelaki terbabit menyelesaikannya sebelum membawanya pergi untuk disoal siasat.
Terdahulu, dalam sidang akhbar itu, pemimpin parti Star berkenaan berkata, beliau akan mengemukakan saman terhadap mereka yang membuat tuduhan.
Peguamnya Marcel Jude mengesahkan bahawa anak guamnya dibawa ke balai polis untuk siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles