PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun bertekad untuk mencari jalan penyelesaian masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Tanaki, dekat sini.
Kesungguhan pemimpin berjiwa rakyat itu terserlah apabila beliau sendiri turun padang meninjau kawasan sungai yang kerap dibanjiri dan jambatan Tanaki yang rosak pada Rabu.
“Saya turun padang untuk tolong rakyat cari penyelesaian segera atau jangka panjang masalah banjir di kg Tanaki.
“Saya juga telah meninjau keadaan struktur jambatan Tanaki yang sudah rosak dan perlu diperbaiki,” katanya kepda Jesselton Times pada Khamis.
Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Papar Ir Charles Ng dan wakil Jabatan Kerja Raya S.K Leong.
Mositun juga Naib Presiden Parti Bersatu Sabah berharap masaalah banjir yang kerap melanda Kampung Tanaki dapat diatasi melalui pengorekan dan pelebaran Sungai sepanjang dua Kilometer.