Wanita UPKO Desak Polis Siasat Dakwaan Gangguan Seksual ke atas Peserta Unduk Ngadau 2021 

KOTA KINABALU: Wanita Upko Bahagian Kota Kinabalu mendesak pihak berkuasa supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan gangguan seksual yang menggaitkan seorang ahli jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2021 ke atas seorang peserta UN dari bahagian Utara negeri ini.
Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Kinabalu Rowindy Lawrence berkata siasatan terperinci itu wajar dilakukan demi keadilan semua pihak terutamanya peserta UN berkenaan.
Beliau berkata, laporan polis yang viral itu mesti disiasat kerana ia melibatkan maruah seorang wanita apatah lagi ahli jawatankuasa tersebut dikatakan pernah dikaitkan dengan kes rogol sebelum ini.
“Sekiranya ada peserta UN lain yang mengalami situasi yang sama jangan takut untuk tampil membuat laporan polis.
“Kita tidak mahu Pertandingan Unduk Ngadau yang diadakan sempena Pesta Kaamatan Peringkat ini dicemari dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini.
“Jika dakwaan itu benar-benar berlaku maka pihak yang berwajib harus membawa orang yang melakukannya ke muka pengadilan dan tidak dibenarkan turut serta dalam penganjuran Unduk Ngadau pada masa depan,” kata Rowindy.
Kes gangguan seksual yang tular di media sosial itu dikatakan membabitkan seorang ahli politik.
Sumber — Nabalu News

Related Articles

253FansLike

Latest Articles