Salleh Mengorak Langkah Lancar KDV Usukan

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengumumkan Kempen Daftar Vaksin DUN Usukan (KDV Usukan) yang bermula hari ini.

Advertisements

Beliau berkata kempen itu merupakan sebahagian daripada langkah proaktif memerangi pandemik COVID-19 yang melanda negeri ini.

“Saya selaku ADUN Usukan mengumumkan Kempen Daftar Vaksin DUN Usukan (KDV Usukan) yang bermula hari ini (Isnin).

“Kempen ini akan melibatkan kerjasama antara UPPM Usukan dan SSK Centre,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata pihaknya akan menyelaras data pendaftaran dengan pihak berwajib.

“Kini kita perlu pikul tanggungjawab dan daftar vaksin untuk komuniti kita. Lindungi diri, lindungi semua,” katanya.

Beliau berkata usaha seumpama itu mendapat sokongan rakyat khususnya di Dun Usukan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles