Salleh Mahu Tindakan Tegas Diambil Untuk Hentikan Kekejaman Rejim Zionis Israel

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua pihak, terutama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seluruh dunia Islam serta badan antarabangsa supaya mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman rejim Zionis Israel.

Advertisements

Beliau turut meminta seluruh umat Islam khususnya di Malaysia supaya bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di Palestin dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada penduduk Palestin.

“Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberi perhatian dunia.

“Kesengsaraan dan penderitaan umat Islam di bumi Palestin perlu dihentikan,” katanya dalam hantaran terbaharu diblognya.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata
Syawal yang sepatutnya disambut dalam suasana gembira telah bertukar menjadi detik paling menyedihkan buat penduduk Palestin.

Ini berikutan serangan tanpa perikemanusiaan rejim Zionis Israel ke atas umat Islam khususnya di Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Diberitakan puluhan orang awam terbunuh termasuk sembilan daripadanya kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas serta mencederakan 65 yang lain dalam serangan udara oleh Israel pada 11 mei lalu.

“Ini bukanlah kali pertama Israel bertindak sedemikian, sebaliknya kekejaman dan jenayah antarabangsa yang telah dilakukan keatas rakyat palestin telah berpanjangan sehingga berdekad lamanya.

“Konflik ini sukar untuk diselesaikan kerana terdapat pertikaian kawasan wilayah bagi Israel dan isu kedaulatan negara Palestin yang dihalau dari tanah mereka sendiri,” katanya.

Salleh berkata pencerobohan tentera Israel ke atas wilayah Palestin itu bukan saja tidak berperikemanusiaan, malah mencabuli hak rakyat Palestin yang akhirnya menyaksikan banyak nyawa tidak berdosa menjadi korban.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles