Lapan Anggota Kumpulan Abu Sayyaf, Dua Orang Dikehendaki diberkas di Beaufort

KOTA KINABALU: Seramai 37 warga negara Filipina termasuk lapan anggota kumpulan Abu Sayyaf dan dua orang yang dikehendaki oleh kerajaan Filipina diberkas di kawasan paya bakau, Taman Sri Arjuna, Beaufort pada awal pagi Sabtu lepas.

Advertisements

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, dalam sidang media di sini hari ini, berkata operasi khas itu dilancarkan oleh polis Sabah bersama pasukan ESSCOM pada kira-kira 3 pagi (8 Mei).

Beliau berkata semakan terhadap kesemua tahanan itu dengan kerajaan Filipina mengesahkan bahawa lapan daripada mereka ada anggota kumpulan Abu Sayyaf dan dua orang yang dikehendaki.

Hazani berkata berdasarkan maklum balas yang diperolehi, dua orang yang dikehendaki dipercayai pernah terlibat dalam pertempuran dengan pasukan Keselamatan Marin Filipina di Bud Bawis Complex, Panamao Sulu antara tahun 2011 dan November 2020.

Katanya mereka juga terlibat dalam beberapa kes penculikan warga asing di Filipina.

Beliau berkata operasi khas itu juga adalah hasil perkongsian maklumat PDRM, ESSCOM dan Pasukan Keselamatan Filipina.

Menurutnya kesemua tangkapan direman tujuh hari bermula 9 Mei hingga 12 Mei.

Hazani berkata kesemua tangkapan disiasat mengikut Akta Pertubuhan 1966, termasuk siasatan sama ada wujud sel tersendiri ISIS (Islamic State of Iraq and Sham) dan Abu Sayyaf di Sabah.

Mengenai Covid-19, Pesuruhjaya Sabah berkata sebanyak 51 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negeri susulan pengumuman kerajaan negeri tentang pelaksanaan SOP PKPB terbaharu berhubung sekatan rentas daerah berkuatkuasa dari 10 Mei hingga 16 Mei.

Selain itu, katanya polis Sabah telah menubuhkan 358 pasukan pemantau Op Covid-19 dengan kekuatan 2,103 orang pegawai dan anggota bagi memastikan pematuhan SOP, sekali gus membendung penularan Covid-19.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles