Program Jelajah Ramadhan Parlimen Kinabatangan Patuh SOP – Bung

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

SANDAKAN: Seperti tahun-tahun sudah, program Jelajah Ramadhan bagi kawasan Parlimen Kinabatangan pada tahun ini diteruskan dimana perlaksanaan nya dilakukan menurut Prosedur Operasi Standrad (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun lepas dan tahun ini rakyat khususnya umat islam masih diuji dengan kemunculan pandemik koronavirus Covid-19 yang memberi kesan yang mendalam kepada rakyat bukan sahaja tidak dapat berkumpul seperti sebelumnya namun turut menjejaskan ekonomi mereka.

“ Rakyat kita khususnya umat Islam bukan sahaja terjejas akibat virus ini, bahkan langkah-langkah yang diambil bagi mengekang penularanya turut membatasi mereka mencari nafkah kehidupan” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Jelajah Ramadah Parlimen P.178 Kinabatangan dan majlis Berbuka Umno bahagian Kinabatangan di salah sebuah hotel di sini petang kemarin.

Program yang dianjurkan dengan pematuhan SOP yang ketat itu hanya dihadiri oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian termasuk wakil wakil penerima sumbangan.

Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan tradisi program tersebut pendekatanya tahun ini telah berubah tidak ada lagi perkumpulan beramai-ramai, majlis berbuka dan majlis peneyerahan ,sebaliknya agihan sumbangan hanya digerakkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Parlimen atau pemimpin masyarakat setempat.

“Kami akur banyak yang perlu kami patuhi dalam tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 ini, namun ia tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus membantu mereka yang memerlukan,” ujar Bung yang juga Wakil Rakyat Kawasan Lamag.

Bung berharap dengan sedikit sumbangan tersebut ianya dapat meringankan beban keluarga yang terjejas terutamanya golongan asnaf untuk meraikan sambutan hari raya adilfitri tahun ini, walupun ianya dirayahkan secara sederhana bersama keluarga terdekat.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat khusuanya di kawasan Parlimen Kinabatangan dalam merayahkan sambutan hari raya aidilfitri tahun ini agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengakang penularan Virus Covid-19

Hadir sama di Majlis Tersebut Timbalan ketua Umno bahagian kinabatangan Datuk Jafry Arifin ,Naib ketua Umno bahagian Haji Pg Aziz Haji Pg Damsah Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Kinabatangan Hajah Aminah Haji Johan dan Ketua Pergerakan pemuda Umno bahagian Kinabatangan Mohd Khurniawan Naim Moktar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles