Jordan Sifatkan Pelaksanaan Undi 18 Sebagai Pengiktirafan Hak, Kebolehan Golongan Muda

KENINGAU: Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sebagai pengiktirafan hak dan kebolehan golongan muda di negara ini.

Advertisements

Beliau berkata wiramuda Star menyambut baik kenyataan itu yang bakal merintis jalan penglibatan golongan muda dalam arena politik.

Sebelum ini, Takiyuddin berkata kerajaan memberi jaminan pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun sedang diusahakan agar ia dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Jordan berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Wiramuda Star Sabah Nabawan Alex Robert Ampalus di kediamannya di kg 4 Murni D untuk perbincangan Persediaan PRU 15 yang dijangka tidak lama lagi.

Beliau berkata wiramuda Star berpendapat bahawa pelaksanaan Undi-18 dan pendaftaran pemilih secara automatik ini perlu dilakukan secepat mungkin.

Menurutnya pelaksanaan Undi-18 dan pendaftaran pemilih secara automatik ini akan memberikan hak kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memilih.

“Wiramuda juga percaya golongan muda yang telah berusia 18 tahun telah mencapai kematangan. Sebahagian daripada mereka yang berusia 18 tahun juga telah menjadi mahasiswa, dan ada juga yang sudah bekerja,” katanya.

Jordan berkata wiramuda Star juga berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menggunakan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai batu penghalang untuk pelaksanaan Undi-18 dikuatkuasakan di negara ini kerana ia sudah lama mendapat kelulusan Dewan Rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles