KOTA KINABALU: Sempana bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @Nordin bermurah hati menyampaikan sumbangan buah kurma kepada kaki tangan dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Kota Kinabalu di pejabat beliau di bangunan JKR Sembulan petang kemarin.
Robert yang juga wakil rakyat kawasan Bingkor yang pada mulanya berhasrat untuk hadir sendiri ke sekolah tersebut terpaksa dibatalkan kerana mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebaliknya menyerahkan sumbangan tersebut kepada Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Abdul Jalil Abdul Samad yang diiringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PBG) Maimunah Haji Abd Mohid dan Guru Pengiring Cikgu Linah.