“Info on Wheels” jelajah Ranau

RANAU: Kerajaan negeri akan terus giat memberikan informasi mengenai vaksinasi Covid-19 melalui program Info On Wheels (IOW).

Advertisements

Ini merupakan inisiatif kerajaan menyebarkan maklumat mengenai Koronavirus.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, program itu merupakan sebuah program hebahan maklumat secara bersemuka dengan masyarakat setempat yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan negeri Sabah di setiap daerah dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Covid-19 (CITF).

Program tersebut yang juga dikenali “first hand information” antara lain bertujuan memberikan maklumat yang sahih dan tepat kepada orang kampung melalui Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Anak Negeri (KAN), Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Pemaju Mukim.

“Dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang mempunyai 85 JPKK, adalah tugas mereka untuk mengenalpasti setiap yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendapatkan suntikan vaksin, terutamanya bagi warga emas yang berumur 80 tahun”, jelas Dr. Joachim lagi.

“Untuk pengetahuan semua, harga vaksin bukan murah dan rakyat perlu mengambil peluang untuk mengikuti program vaksinasi yang dianjurkan oleh kerajaan, bagi daerah Ranau, hanya 15 peratus sahaja yang sudah mendaftar. Kita akan dapat mengurangkan penularan wabak Covid-19 sekiranya 70 peratus daripada rakyat di negara ini telah mengambil vaksin,” kata Dr. Joachim.

Semasa sesi penerangan ini berlangsung, sesi soal jawab juga diadakan dengan peceramah.

Sehubungan itu, rakyat negeri ini masih perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana Covid-19 sudah berada dalam komuniti setempat.

Vaksin adalah senjata yang paling sesuai untuk menentang Covid-19.

Sehubungan Itu, Dr. Joachim mengingatkan bahawa pada tahun ni, perayaan Pesta Kaamatan ditiadakan dan sebarang perkumpulan adalah dilarang.

“Kerajaan memandang serius akan perkara ini, dan oleh itu sambutan perayaan Kaamatan ditiadakan.

Program itu turut dihadiri wakil agensi-agensi kerajaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles