Dua Kakitangan Badan Berkanun Negeri Ditahan SPRM Terima Rasuah

KOTA KINABALU: pDua kakitangan sebuah badan berkanun Negeri Sabah ditahan SPRM kerana disyaki telah menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM 2,700, semalam.

Advertisements

Menurut sumber, wang berkenaan diminta daripada pekerja yang menjalankan kerja pertanian di badan berkanun tersebut sebagai balasan mendapatkan kontrak kerja berkenaan.

Seorang daripada suspek berusia 40an itu ditahan dalam satu operasi di Tuaran pada kira-kira jam 3.15 petang.

Susulan daripada penahanan suspek pertama, telah membawa kepada penahanan suspek kedua yang berusia 30an pada jam kira-kira 8 malam di pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah kira-kira RM 3,500 yang dipercayai juga diterima secara rasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kedua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Jelas beliau, kedua dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles