ISU PTI PEKERJA ASING DAN KESELAMATAN DI SABAH PERLU TINDAKAN YANG LEBIH KONKRIT BUNG.

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Isu Pendatang Tanpa Izin (PTI) pekerja asing dan keselamatan sempadan di negeri ini merupakan isu yang tertunggak sejak sekian lama yang sehingga kini belum ada penyelasaian sepenuhnya .

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata,bagi menyelesaikan secara mutlak masalah yang sudah lama berlarutan di Sabah itu ,ianya memerlukan usaha bersepadu daripada pemimpin-pemimpin Persekutuan dan Negeri, termasuk orang ramai.

Sehubungan dengan itu katanya kerajaan negeri (GRS) telah membentuk satu jawatankuasa teknikal yang dipengerusiakan oleh beliau sendiri bagi menyelaras semua keperluan untuk menangani isu ini.

“ Melalui jawatankuasa ini kita berharap satu keputusan dapat dicapai untuk mempastikan isu keselamatan (PTI) dan Pekerja Asing ini secara total” katanya ketika ditemui selepas menyertai mesyuarat dalam Talian Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing Di Sabah (JKPWAS-TEKNIKAL) Bil 12021 di pejabat beliau kemarin.

Mesyuarat yang dipengersusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Dato Dr. Haji Ismail Bin Haji Mohamad Said turut disertai oleh pegawai pegawai Kanan dari jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Menurut beliau jawatankuasa teknikal di peringkat negeri telah pun dibentuk dimana bagi jawatankuasa Keselamatan di pengerusikan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali,jawatankuasa PTI dan Pekerja asing dipengerusikan oleh Tan Sri Pendikar Amin Haji Mulia dan dianggotai oleh jabatan serta agnesi kerajaan yang berkaitan

” Kita menaruh harapan dengan adanya jawatankuasa teknikal di peringkat negeri dan jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah di peringkat kerajaan Pusat kolaborasi bersama dapat dicapai untuk mempercepatkan tindakan agar isu ini dapat ditangani segara ” jelas Bung

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata dalam menangani isu ini tidak wajar adanya sikap menuding jari mengenai siapa yang melakukan kerja dan yang tidak ,jika Sabah mahu mencapai matlamat dan objektif murninya.

Sehubungan dengan itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lamag itu mengajak semua pihak tanpa mengira sokongan politik, bangsa, agama dan status dalam masyarakat termasuk rakyat Sabah, bersatu untuk memastikan negeri ini bebas daripada pekerja asing dan pelawat tanpa dokumen.

“Sebelum ini kita mendengar pandangan dan cadangan bernas mengenai bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini dari kalangan pemimpin dan orang biasa . Tapi jika kita tidak bertindak dalam satu suara, tiada kejayaan kita capai untuk menangani isu ini ” kata Bung

Tambah Bung ,sekarang adalah masa paling sesuai untuk menangani masalah pendatang tanpa izin dalam negara ini kerana pemimpin-pemimpin daripada kerajaan Persekutuan dan Negeri sama-sama mengakui keseriusan dan kepentingan menghantar pulang orang-orang tidak dikehendaki ini ke negara asal masing-masing.

” Kita perlu sepakat dan bekerja sama menangani isu ini ,dimana jika kita biarkan berpanjangan sudah tentu akan memberikan ancaman bukan sahaja kepada keselamatan tetapi juga gangguan sosial pada masa hadapan, jika terus diabaikan” tambah Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles