Masyarakat Islam Diseru Eratkan Silaturahim Sepanjang Ramadan

TAMPARULI: Masyarakat Islam diseru erat silaturahim dan kasih sayang, dan mengambil ruang untuk saling memaafkan sepanjang Ramadan.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, agama Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama ahli keluarga malah sesama manusia.

“Begitulah pentingnya menjaga silaturahim dalam Islam, malah Allah menjanjikan ganjaran besar untuk orang yang sentiasa¬†menjaga hubungan itu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Set Lengkap Pengurusan Jenazah dan Kelengkapan Masjid Daerah Kecil Tamparuli Dan Kiulu, di Masjid Tamparuli, sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Wilayah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS, Iwansuzairie Hari, Setiausaha Politik KPLB Sabah, Jilias Lintar dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Selain itu, katanya, untuk mencapai kesejahteraan masyarakat, toleransi kaum dan agama juga menjadi faktor utama untuk terus mengekalkan keharmonian tersebut.

“Semoga Ramadan ini memberi erti buat kita semua walaupun kita masih dalam Pandemik Covid-19,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada semua pemimpin masjid dan surau yang hadir agar dapat menyampaikan kepada semua masyarakat agar tidak takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dan segera mendaftar sebagai penerima vaksin di aplikasi My Sejahtera.

Bagi menambah keceriaan di dalam masjid itu, Jahid turut mencadangkan hiasan seni khat lukisan kaligrafi dibuat untuk memberi nilai tambah kepada masjid.

Terdahulu, Suffian menghargai sumbangan sejadah oleh Jahid dan Joniston kepada setiap masjid dan surau, termasuk juga di surau sekolah di sekitar Tamparuli dan Kiulu.

Sementara itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Aliamis Sami yang mewakili Datuk Joniston Bangkuai, berkata, walaupun bukan beragama Islam, namun keprihatinan Joniston kepada rakyat beragama Islam tidak dapat dinafikan.

Antara masjid yang menerima sumbangan set lengkap pengurusan jenazah daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ialah Masjid Tamparuli, Kampung Kiwoi, Kampung Sungai Damit, Kampung Topokon, Kampung Bunga, Kampung Sambah dan Masjid Kiulu.

Manakala penerima sejadah untuk masjid di kawasan Tamparuli ialah Masjid Tamparuli, Kiwoi, Sungai Damit, Topokon, Bunga dan Sambah.

Sementara penerima bagi surau sekolah menengah dan sekolah rendah adalah SMK Tamparuli, SK Pekan Tamparuli Tamparuli dan SK Bantayan.

Bagi kawasan Kiulu pula, senarai penerima terdiri daripada Masjid Pekan Kiulu dan SMK Tun Fuad Stephens Kiulu.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles