UPKO Kiulu Sediakan ruang belajar untuk pelajar asrama Smk tun fuad kiulu

KIULU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kiulu menyediakan ruang belajar untuk pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens Kiulu.

Advertisements

Ini kerana asrama (Asrama Olumaag) tempat tinggal pelajar sekolah itu tidak mempunyai dewan belajar.

Sehubungan itu gotong royong untuk membersihkan perkarangan pejabat UPKO Kiulu diadakan baru-baru ini yang turut disertai oleh Presiden UPKO yang juga Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.

Madius berkata, pejabat Upko Kiulu itu akan digunakan sebagai tempat belajar kira-kira 70 pelajar asrama SMK Tun Stephens Kiulu.

“Saya pun ikut sama dalam gotong royong ini. Boleh tahan juga penat, tapi berbaloi bila nampak keselesaan pelajar,” kata Madius dalam perkongsian di Facebooknya.

Beliau berharap kemudahan yang disediakan itu dapat meringankan beban ibu bapa dan membantu pelajar untuk kekal fokus dalam pelajaran mereka.

Asrama Olumaag (sebelum ini dikenali sebagai Asrama Hayati) dibaikpulih atas usaha Madius semasa beliau Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Ini kerana asrama sekolah berkenaan masih belum boleh didiami selepas diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum ini.
— Sumber Nabalu News

Related Articles

253FansLike

Latest Articles