Pelantikan Guandee Timbalan Menteri Bantu Pacu Sektor Pelancongan Sabah

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KUALA PENYU: Ketua bahagian parti STAR Kuala Penyu yang baharu, Jonas Sunggim menyifatkan pelantikan Senator Datuk Guandee Kohoi sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya akan memberi manfaat ketiga-tiga sektor pelancongan, seni dan budaya di Sabah.

Katanya, pelantikan itu merupakan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Setiasuaha Agung STAR itu dan sudah tentu memberi kebaikan dalam ketiga-tiga sektor berkenaan.

Jonas (empat dari kiri) bersama sebahagian anggota kepimpinan baharu parti STAR Kuala Penyu,
Jonas (empat dari kiri) bersama sebahagian anggota kepimpinan baharu parti STAR Kuala Penyu,

“Kita sangat mengalu-alukan pelantikan itu dan berharap ia akan membantu memberi sumbangan khususnya kepada sektor pelancongan di negeri ini yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat di negeri ini patut berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan Pusat terutama perdana menetri kerana memberi peluang kepada pemimpin dari Sabah untuk mengisi jawatan timbalan menteri itu.

Sebelum ini, Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memegang jawatan berkenaan namun melepaskannya pada September lepas bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menurut Jonas, Guandee seorang yang telah lama berkecimpung dalam politik di Sabah dan pembabitannya dalam parti turut membantu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membentuk kerajaan di negeri ini.

“Dengan pengalaman yang dimiliki, kita yakin beliau tentunya mampu menyumbangkan sesuatu yang bermakna di kementerian berkenaan,” ujarnya.Guandee Timbalan Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya

Mengenai dengan kepimpinan baharu parti STAR di bahagian Kuala Penyu, beliau berkata, pihaknya bersama ahli jawatankuasa bahagian yang baharu dipilih akan terus menjalinkan kerjasama dengan kepimpinan tertinggi parti pusat bagi mengukuhkan lagi kedudukan bahagian tersebut.

Katanya, pihaknya akan memastikan kepimpinan bahagian berkenaan berupaya memenuhi aspirasi kerajaan sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya yang diilhamkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles