PBS Teruskan Legasi Perjuangan di Kuala Penyu

KUALA PENYU: Legasi perjuangan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan diteruskan demi memperjuangkan dan memperkasakan khidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Dr. Joachim Gunsalam dalam Perasmian Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS DUN Kuala Penyu yang ke -35 menyeru, semua ahli PBS DUN Kuala Penyu terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada ahli parti dan masyarakat setempat.

PBS merupakan parti yang tertua di Sabah dan masih aktif.

Perjuangan PBS adalah satu perjuangan yang murni yang tidak mengira bangsa dan agama. Ahli PBS Kuala Penyu digesa menyokong dan membantu wakil kerajaan daripada kalangan kerajaan GRS.

“Kita akan terus menyahut seruan Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili untuk mempraktikkan dalam kehidupan ahli dengan mengamalkan semangat kekitaan, kecekalan, sabar dan setia serta Bersatu. Ahli PBS Kuala Penyu tidak seharusnya lemah semangat walaupun menghadapi cabaran sebaliknya menjadikan cabaran yang dihadapi sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang’, kata Dr. Joachim.

PBS akan terus menyokong kerajaan GRS demi kestabilan politik dan pembangunan infrastruktur serta ekonomi yang lebih rancak di negeri ini.

“Inilah masanya kita menunjukkan sokongan kita kepada wakil rakyat di sini dan kita berharap agar PBS akan terus bersinar dan dapat menyampaikan wadah parti.

“Kita juga mahukan pembangunan yang lebih banyak lagi di negeri sabah khususnya di Kuala Penyu seperti mana pembangunan di negeri lain dalam Malaysia.’

PBS DUN Kuala Penyu akan terus mara ke hadapan seiring dengan parti-parti sekutu yang lain demi mempertahankan hak rakyat Sabah seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles