Ribuan Penghuni UA Tarik Nafas Lega Bekalan Air Kembali Normal

KOTA KINABALU: Ribuan penghuni perumahan Universiti Apartment di Sepanggar menarik nafas lega selepas bekalan air ke kawasan itu kembali normal.

Advertisements

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan berita gembira itu semasa membuat tinjauan ke kawasan perumahan Universiti Apartment 1 pada Rabu.

Hajiji berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah bahawa masalah belakan air ke kawasan itu sudah diatasi dan para penghuni di perumahan berkenaan sudah menerima bekalan air seperti biasa.

Katanya kejayaan itu adalah hasil usaha oleh sebuah Jawatankuasa Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyelami punca berlakunya gangguan bekalan air ke kawasan Universiti Apartment.

Beliau berkata ia merupakan satu perkembangan yang baik terutama dalam bulan Ramadan ini.

Mengenai keluhan para petugas Universiti Kolej Yayasan Sabah yang dipotong gaji, Hajiji berkata beliau akan memangil pengarah Yayasan Sabah dan pihak pengurusan Universiti Yayasan Sabah bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada gaji petugas dipotong itu akan dikembalikan semula, beliau berkata perkara itu akan diberi perhatian dengan sewajarnya dan pada peringkat ini, beliau ingin tahu kenapa perkara itu berlaku.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles