Kerajaan Sabah Serius Bangunkan Projek “Sky Train” – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited untuk membangunkan projek “ Sky Train” dalam usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam di bandar raya Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin berkata ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan sekiranya ada perancangan yang teliti selain peruntukan kewangan untuk melaksanakannya.

“Setakat ini memang ada beberapa pelabur tempatan dan juga dari luar negara seperti China yang menyatakan minat untuk membangun kan projek ini secara Inisiatif Pembiayaan Swsata (PFI)” katanya ketika di temui selepas mendengar taklimat cadangan dari gabungan tiga buah syarikat tempatan dan luar negara yang berminat memajukan projek tersebut di bilik mesyuarat Jabatan Kerja Raya Sembulan dekat sini baru-baru ini.

Gabungan tiga syarikat berminat tersebut ialah Guancai (M) Sdn Bhd, China State Construction Engineering (M) Sdn Bhd dan Vizione Deveploment Sdn Bhd

Dalam pada itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya meminta ketiga-tiga syrikat tersebut untuk memperkemaskinikan cadangan dengan mengadakan perbincangan yang lebih terperinci bersama agensi kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Kerja Raya, Jabatan Keretapi Negeri Sabah ,Jabatan Tanah Ukur, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Dewan Bandar Raya serta agensi agensi kerajaan yang berkaitan sebelum cadangan tersebut dikemukakan kepada kabinet .

“Banyak perkara perlu dibincangkan dan diperhalusi terutamanya yang melibatkan isu pengambilan tanah dan sebagainya justeru perancangan dan perbincangan yang lebih teliti bersama-sama jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat perlu dilakukan sebelum perkara ini dibawa ke kabinet” katanya.

Bung menambah apabila projek ini dapat direalisasikan ianya akan dapat mengubah landskap pembangunan di bandar Kota Kinabalu selain dapat mengatasi isu ketidakcekapan pengangkutan awam serta kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu

Menurut beliau apabila projek Sky Train itu terlaksana ianya merupakan satu lagi tarikan baharu kepada pelancong khususnya dari luar negara untuk melawat negeri ini

“Kita perlu terus meningkatkan usaha menarik pelaburan luar untuk membantu membangunkan negeri ini dimana dengan kemasukan lebih ramai pelabur akan memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan” katanya

Related Articles

253FansLike

Latest Articles