Gerai yang Ikut SOP Wajar Dibenarkan Beroperasi di Kota Belud – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat gerai-gerai yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di Kota Belud seharusnya dibenarkan beroperasi demi kelangsungan ekonomi rakyat di daerah itu.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata pandemik Covid-19 telah menjejaskan ekonomi rakyat setempat dan gerai-gerai tersebut seeloknya dibenarkan beroperasi.

“Ini memastikan kelangsungan ekonomi rakyat dalam keadaan kita sedang menyambut Ramadan dan ketibaan Syawal nanti,” katanya dalam hantaran terbaharu diblognya.

Isu arahan penutupan gerai-gerai itu kini hangat di Laman media sosial Facebook dan perkara tersebut mendapat perhatian Salleh.

Sehubungan itu, Salleh telah menghubungi Pegawai Daerah Kota Belud dan pihak Majlis Daerah dan mengarahkan Pegawai Daerah untuk mengambil tindakan untuk melihat dan menyelesaikan isu gerai-gerai itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles