Mositun Zahir Penghargaan Kepada Jabatan Kesihatan Papar Jayakan Kempen Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 untuk Dun Limbahau

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun menzahirkan penghargaan kepada Pasukan Petugas Jabatan Kesihatan Papar yang membantu menjayakan Program Pencerahan Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri Limbahau.

Advertisements

Beliau berkata ini menunjukkan kerajaan benar-benar mengambil berat tentang kepentingan rakyat khususnya di kawasan bandar terutama daripada segi kesihatan.

“Kita juga ucap terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil berat tentang pencegahan Covid-19 dan seterusnya Vaksinasi kepada kita rakyat Malaysia,” katanya selepas menghadiri program itu di Dewan Serbaguna Mositun Sungkadon, dekat sini pada Isnin.

Taklimat tersebut merupakan anjuran bersama unit PPM Limbahau, Jabatan Kesihatan Papar, Jabatan Penerangan Papar dan Pejabat Daerah Papar.

Turut hadir pegawai kesihatan daerah Papar Dr Alfred Aldrin.

Seramai 75 orang telah didaftar melalui SEJAHTRA manakala sekitar 10,000 borang Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 berjaya diagih-agihkan sempena Program Pencerahan Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles