Program Ilmiah bantu bentuk sahsia warga pendidik

RANAU: Guru adalah aset yang paling ternilai dalam mendidik dan melahirkan generasi muda yang berkualiti kepada negara.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, peranan guru sangat penting dalam membentuk sahsiah masyarakat terutama generasi muda menjadi pelapis masa depan negara.

Dr. Joachim Gunsalam (dua, kiri) menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SK Bukit Padang, Kota Kinabalu dalam Majlis Perasmian Penutupan kursus Perkembangan Warga Pendidik SK Bukit Padang, Kota Kinabalu, di Dewan Kem Wawasan Negara, Ranau.
Dr. Joachim Gunsalam (dua, kiri) menerima cendera kenangan daripada Guru Besar SK Bukit Padang, Kota Kinabalu dalam Majlis Perasmian Penutupan kursus Perkembangan Warga Pendidik SK Bukit Padang, Kota Kinabalu, di Dewan Kem Wawasan Negara, Ranau.

Katanya, melalui warga pendidik ilmu diterapkan ke dalam setiap anak bangsa dalam usaha mendidik mereka menjadi warga yang berguna.

“Generasi muda ini merupakan pelapis kepada negara. Justeru, anak-anak murid perlu dididik dari kecil lagi.

“Mereka perlu diasuh dan dibentuk sebagai generasi yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi agar tumbuh rasa setia dan taat setia yang tidak berbelah bahagi, ” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutupan Kursus Perkembangan Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang, Kota Kinabalu yang diadakan di Dewan Kem Wawasan Negara, Kundasang.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, penganjuran program seumpama itu adalah bukti pihak sekolah komited dalam mengurus kakitangan sekolah melalui program berbentuk ilmiah serta mampu membina Kumpulan kerja yang cemerlang pada setiap masa.

“Justeru, kepada semua guru-guru dan kakitangan sekolah, didiklah anak-anak kita dengan menghargai keamanan dan kemakmuran.

“Saya menyeru kepada semua yang ada di sini bersama-sama dengan pihak kerajaan mewujudkan generasi yang berpegang teguh kepada budaya tradisi dan memperkukuhkan keharmonian kaum,” kata Dr. Joachim

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah ni Persekutuan Labuan, Mohd. Syafiee Japril dan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yubidi Gumpoyo.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles