Lada Bara Berpotensi Menjana Pendapatan Penduduk Luar Bandar – Mositun

PAPAR: Penanaman lada bara berpotensi untuk menjana pendapatan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Advertisements

Sehubungan itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun menyambut baik penganjuran
kursus feritagsi 2021 menanam lada padi bara bagi penduduk di kawasan Dewan Undangan Undangan Negeri Limbahau.

Seramai 40 peserta berjaya mengikuti kursus itu dan seterusnya menerima sijil yang disampaikan oleh Mositun pada satu majlis yang diadakan di Perkarangan rumah KK Anthony Roman di Kg Limbahau, dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir kakitangan UPPM N.27 Limbahau.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mositun berkata harga lada bara boleh mencecah antara RM30 dan RM40 sekilo bergantung kepada bekalan dan permintaan semasa.

“Saya difahamkan penanamam Lada Bara ini mengambil masa 6 bulan untuk mengeluarkan hasil iaitu purata satu Pokok lada 1 Kilo dan dalam 1 Bayung ada 2 pokok,” katanya.

Mositun memuji pihak penganjur dan menyeru para peserta supaya berusaha menanam lada bara, sekali gus memperolehi pendapatan bagi menyara keluarga mereka.

Sebelum ini, Mositun turun padang merasmikan Kursus Pemeliharaan Ikan Talapia serta Cara Membibit ikan Talapia untuk penduduk DUN Limbahau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles