CIS ganda simpanan dan edaran simen : Japlin

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) mampu menggandakan penyimpanan dan pengedaran simen selepas silo penyimpanan simen yang menggunakan teknologi Ibau dari Jerman digunapakai.

Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim berkata silo penyimpanan simen yang berkapasiti 15,000 tan itu mula dibina sejak September 2019.

“Masa yang diambil untuk silo ini siap sepenuhnya adalah kira-kira 18 bulan.

“Dan sejak mula beroperasi pada 1 April 2021, kilang kita dapat gandakan penyimpanan dan pengedaran simen kita, daripada 35,000 tan kepada 70,000 tan sebulan,” katanya semasa hadir dalam sesi lawatan ke silo penyimpanan simen baharu di Cement Industries Teluk Sepanggar semalam.

Menurut Japlin lagi, perkembangan itu adalah satu peningkatan prestasi yang sangat baik dan mampu menjamin bekalan simen bagi sektor pembinaan di Sabah dan Labuan kekal mencukupi.

Japlin turut melawat tapak simpanan batu kapur dan proses material komponen bahan mentah untuk membuat simen disimpan.

Dalam lawatan separuh hari itu juga, Japlin juga memberitahu bahawa permintaan dan keperluan simen dijangka mampu dipenuhi.

“Kita jangkakan selepas ini, dengan siapnya pembinaan silo ini, bekalan simen kita cukup dan semua permintaan dapat kita tampung, selain daripada kita tambah rancakkan lagi industri dalam masa terdekat,” ujar beliau lagi.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pengurus Besar Sumardi Mohd Yusof, Pengurus Kanan Projek Khas Wong Vui Leong, Pengurus Jualan dan Logistik Melvyn Yong, Pengurus Kualiti, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Alimat Anuar Salam, Pengurus Kewangan Rodzaidah Ema Rashid, Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT Ezrie Ag Raini dan Pengurus Pengeluran Ilham Firdaus Rumaling.

Gambar:

1. Sumardi Mohd Yusof (baju biru) sedang menunjukkan bilangan silo yang  ada dalam kilang CIS dan menerangkan proses pemuatan simen kepada Japlin

2. Jurutera pakar dari Germany memberi penerangan ringkas bagaimana Silo baru tersebut berfungsi kepada Japlin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles