UMNO Sabah Perlu Akur Keputusan PAU Dalam Konteks Parlimen – Rahman Dahlan

KOTA KINABALU: UMNO bersetuju agar keberadaan UMNO Sabah dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Advertisements

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata dalam konteks parlimen, UMNO Sabah perlu akur dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Autonomi ini (di Sabah) tidak boleh digunapakai bagi kerusi parlimen (PRU15) terutama dalam konteks pembentukan kerajaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Jesselton Times.

Beliau berkata ketetapan itu dipersetujui pucuk pimpinan parti susulan pendirian UMNO menghentikan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam PRU15.

Sebelum itu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara “bersendirian” pada PRU15.

Berucap kepada perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Umno di PWTC yang disiarkan secara langsung menerusi media sosial hari ini, beliau berkata perkara itu telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi BN dalam mesyuarat yang diadakan baru-baru ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles