Bung Tekad Bantu Umno Sabah Raih Seberapa Banyak Kerusi Dalam PRU15

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan tekad untuk membantu memenangkan “seberapa banyak kerusi Parlimen” di negeri itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Advertisements

“Selaku ketua Umno Sabah, saya bertanggungjawab untuk membantu meraih seberapa kemenangan dalam PRU15, dan sekali gus membantu membentuk kerajaan nanti,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Beliau turut meminta para perwakilan memahami situasi Umno Sabah.

Bung berkata Umno Sabah harus menghormati mandat rakyat agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkuasa.

Beliau menegaskan Umno Sabah masih menyokong majlis tertinggi Umno dan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bung berkata selepas PRU14, Umno di Sabah telah melalui pelbagai cabaran termasuk tohmahan terhadap parti.

“Memang pada ketika itu, Umno Sabah tidak ada hala tuju….kita dihina, kita dipanggil dengan pelbagai ungkapan…perompak, penyamun dan perosak masa hadapan….seakan-akan udang kehilangan mata, ke depan tidak boleh atau “gustan” pun tidak boleh.

“Sebab itu, dalam perjuangan mesti ada keyakinan dan keikhlasan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan telah berubah selepas calon BN daripada Umno memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kimanis.

Katanya sejak itu, Umno telah mengorak langkah dan terus berjuang sehinggalah berjaya dalam pilihan raya negeri Sabah yang lepas.

Bung turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan Umno yang bersetuju memberi autonomi kepada Umno Sabah.

Sebelum itu, UMNO bersetuju agar keberadaan UMNO Sabah dalam kerajaan GRS diteruskan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles