Iktiraf Golongan Muda Bakal Jadi “King Maker” Dalam Arena Politik – Salleh

KOTA KINABALU: Golongan muda bakal memainkan peranan besar dalam sistem demokrasi di negara ini, sekali gus menjadi antara ‘king maker’ dalam menentukan mandat bagi mentadbir negara pada masa akan datang.

Advertisements

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata peranan anak muda dalam mentukan hala tuju negara tidak seharusnya diambil mudah.

Oleh itu, beliau berkata pelaksanaan undi 18 harus disegerakan bagi memberi nafas baru melalui idea dan pendekatan baru dalam arena politik negara.

Salleh berkata pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun telah diluluskan di Dewan Negara pada julai 2019.

Katanya pindaan itu akan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik pada masa akan datang.

“Langkah ini dilihat meletakkan Malaysia sebaris dengan negara membangun yang lain seperti Indonesia misalnya, menetapkan had mengundi pada usia 17 tahun, manakala Argentina, Austria dan Brazil pula sudah serendah 16 tahun.

“Kelulusan usul Ini juga akan memberikan pertambahan sebanyak 20 peratus atau kira-kira 3.7 juta pengundi baru pada PRU akan datang,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya.

Salleh berkata angka itu jelas menunjukkan peranan pentinggolongan muda dalam sistem demokrasi di Malaysia.

“Di sebalik banyak persoalan yang berbangkit mengenai kematangan dan literasi politik golongan terbabit dalam menentukan hala tuju negara, saya berpendapat golongan ini boleh mencapai kematangan politik dengan cepat.

“Ini kerana kita dalam zaman digital masa kini dan maklumat boleh diakses melalui pelbagai medium dengan pantas. Perolehan maklumat ini akan membantu mereka untuk membuat keputusan kepada siapakah sokongan atau undi patut diberikan,” katanya.

Dari sudut psikologi pula, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata usia 18 tahun merupakan fasa terakhir sebelum transisi ke alam dewasa. 

“Dalam usia sebegini, mereka cenderung melakukan keputusan kritikal di samping berfikiran lebih jauh terutama dalam isu serius seperti perihal agama, bangsa dan negara,” kata beliau.

Selain itu, Salleh berkata langkah tersebut akan membolehkan golongan muda melihat hak mereka untuk mengundi diiktiraf dari awal, sekali gus boleh menarik minat mereka untuk terbabit dalam ata politik.

“Melalui politik, mereka berpeluang untuk belajar bagaimana melaksanakan tanggungjawab dengan amanah selain menyerlahkan lagi ciri kepimpinan yang ada.

“Saya turut melihat bahawa undi 18 akan merubah norma kehidupan remaja masa kini. Pada asalnya mereka lebih tertumpu pada pelajaran dan kerjaya serta pengaruh politiknya dipengaruhi oleh keluarga kepada remaja yang berfikiran matang yang cakna kepada politik, peka pada isu semasa dan mempunyai jati diri yang kuat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles