Hajiji Terima Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid-19

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan (PPKP) Negeri Sabah.

Advertisements

Beliau tiba di PPKP kira-kira jam 8.50 pagi sebelum mendaftar diri dan ditemu bual petugas kesihatan.

Hajiji kemudian ke stesen kuanselung dan persetujuan imunisasi dan seterusnya ke bilik pemberian imunisasi Covid’19 kira-kira jam 8.56 pagi untuk terima suntikan dos kedua.

Setelah selesai dipantau lebih 20 minit, beliau kemudian beredar dari pusat itu kira-kira jam 9.23 pagi.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri telah menerima suntikan dos pertama pada 4 Mac 2021 lalu.

Beliau berharap rakyat di Sabah supaya mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, Kerajaan juga giat mengadakan kempen termasuk menggunakan mobil group ke kampung-kampung bagi memberi penerangan dan meminta rakyat supaya mendaftar.

“Mungkin di Sabah agak lambat sikit kerana ramai rakyat kita yang tinggal di luar bandar dan jauh di pedalaman. InsyaaAllah, saya yakin mereka juga peka dan mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mendapat suntikan vaksin sebagai imuniti terhadap jangkitan Covid-19”, katanya.

Turut bersama Hajiji membuat suntikan dos kedua pagi ini ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Dr.Zulkapli bin Mohamed dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles