SPRM Kesan Tiga Individu Bantu Siasatan Dua Kes Berasingan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kini sedang mengesan tiga individu lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.

Advertisements

Menurur kenyataan media yang dikeluarkan SPRM hari ini, dalam kes pertama, lelaki tersebut, Simon Gacou Fabian, 51, pemegang kad pengenalan 700904-12-5015 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, 87000 Labuan.

Turut dikesan ialah Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, pemegang kad pengenalan 851016-12-5605 dan mempunyai alamat terakhir di Kampung Purak, 89600 Papar, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 / 088- 488381 atau emel ke alamat jennifer@sprm.gov.my.

Sementara itu, dalam kes kedua, lelaki yang sedang dikesan ialah Mohd Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403 dan mempunyai alamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450, Kota Kinabalu, Sabah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat rajin@sprm.gov.my.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles