Jordan Ajak Belia Pedalaman Ceburi Industri Krafn

KENINGAU: Naib Wiramuda Star Sabah Jordan Jude Ellron mengajak golongan belia di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman supaya menceburkan diri dalam industri kraf.

Advertisements

Beliau berkata kejayaan program kraftangan berasaskan buluh di Kampung Batu Lunguyan Sook seharusnya dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk mereka berkecimpung dalam bidang itu.

Jordan berkata berdasarkan maklum balas yang diterima, produk kraf anyaman buluh yang dihasilkan di situ sangat berkualiti dan telah berjaya menembusi pasaran luar negara menerusi tempahan daripada pelancong Asia dan juga Eropah.

“Saya fikir produk kraf berasaskan buluh berpotensi untuk dimajukan dan mampu memberi pulangan yang baik,” katanya kepada Jesselton Times selepas lawatan beliau ke pusat kraf di Kampung Batu Lunguyan baru-baru ini.

Sempena lawatan singkat ke pusat kraftangan tersebut, Jordan yang juga AJK pemuda perikatan Nasional Malaysia (PN telah
memberi sumbangan kepada keluarga yang sakit di situ.

Sebagai tanda penghargaan, ahli-ahli kraftangan batu Lunguyan turut memberi cenderahati kepada Jordan dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan papan tanda kraftangan kepada kampung batu Lunguyan.

Jordan turut melawat ahli keluarga yang sakit di Kampung Pauh, Tulid dan seterusnya memberi sumbangan kepada keluarga yang sakit untuk kegunaan perbelanjaan perubatan di Kota Kinabalu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles