Polis siasat ahli politik didakwa cabul ahli perniagaan wanita

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang ahli politik bergelar ‘Datuk’ mencabul ahli perniagaan wanita tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata siasatan dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa berusia 48 tahun itu pada 16 Mac lepas.
“Mangsa mendakwa kejadian berlaku di rumah mangsa di Taman Bukit Melawati di sini sekitar bulan Julai atau Ogos tahun lepas dan lelaki berusia lingkungan 50-an itu merupakan rakan baik suami mangsa,” katanya dalam kenyataan  hari ini.
Beliau berkata berdasarkan laporan polis yang dibuat, wanita itu mendakwa lelaki terbabit dan isterinya datang ke rumah mangsa serta bermalam di situ dan perbuatan berkenaan dilakukan ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu.
“Ahli politik itu didakwa meninggalkan rumah tersebut bersama isterinya setelah menyedari mangsa sedar ketika perbuatan berkenaan dilakukan. Mangsa takut untuk membuat aduan polis selama ini kerana bimbang akan merosakkan hubungan dengan suspek selain tidak tahu apa yang perlu dibuat memandangkan suspek seorang ahli politik berpengaruh di sebuah negeri di pantai timur,” katanya.
— BERNAMA

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles