Bekas Calon LDP Dun Karambunai Sertai Upko

KOTA KINABALU: Bekas calon LDP bagi Dewan Undangan Negeri Karambunai, Marajoh Unding hari ini menyertai Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Ahli perniagaan itu menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada majlis ringkas di Kota Kinabalu.
Madius mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial.
Dalam PRN Sabah tahun lepas, Marajoh berjaya meraih 1,053 undi dalam pertandingan enam penjuru.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles