Joachim Lawat Pejabat Daerah Lahad Datu Bincang Isu POIC

LAHAD DATU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr. Joachim Gunsalam mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Lahad Datu dan mendengar taklimat ringkas yang disampaikan Pegawai Daerah Lahad Datu, Juraimin Hj. Jadil.

Advertisements

Dalam ucapan alu-aluannya, Dr. Joachim berkata perjumpaan itu bertujuan antara lain membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC).

“Jalinan kerjasama perlu wujud diantara pihak Pejabat Daerah Lahad Datu (pihak berkuasa tempatan) dengan POIC”, kata Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Kemudahan infrastruktur juga harus dipertingkatkan demi menarik pelabur asing. Oleh yang demikian, POIC perlu dilihat secara lebih terperinci. Ini akan menjadi pemangkin masa hadapan di mana dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di Lahad Datu.

“Diharap dalam masa terdekat ini, naiktaraf kemudahan infrastruktur POIC iaitu jalan raya fasa satu dan dua sepanjang 11 kilometer akan dilaksanakan, demikian juga dengan kemudahan lain”, jelas Dr. Joachim.

Perjumpaan ini dihadiri ketua-ketua agensi kerajaan termasuk Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya (JKR), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta Pejabat Daerah Lahad Datu (Pihak Berkuasa Tempatan).

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Thomas Logijin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POIC Gwendolen Vu dan pegawai kementerian lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles