Bung Terima Suntikan Vaksin Covid-19

746
TERIMA SUNTIKAN…Bung ketika membuat suntikan dari jururawat yang bertugas.
TERIMA SUNTIKAN…Bung ketika membuat suntikan dari jururawat yang bertugas.

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin petang semalam menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTec.

Beliau menerima suntikan itu di Hospital Queen Elizabeth I selepas menghadiri mesyuarat Kabinet Negeri di Pusat Pentadbiran kerajaan Negeri.

Turut menerima suntikan Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan.

Mereka adalah kumpulan kedua jemaah menteri Sabah yang menerima suntikan tersebut selepas kumpulan pertama yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor menerima suntikan minggu lepas.

Terdahulu, Bung bersama rombongan tiba di Hospital Queen Elizabeth I pada kira-kira jam 1.30 petang dan membuat imbasan kod MySejahtera, yang akan menjadi aplikasi bagi satu daripada kaedah pendaftaran penerimaan vaksin COVID-19 selepas ini selain diberikan penerangan oleh doktor yang bertugas sebelum proses suntikan bermula.

Ketika ditemui Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Lamag berkata, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap kesan sampingan selepas menerima vaksin Covid-19.

Katanya sebelum suntikan dilakukan saringan sejarah kesihatan akan dilakukan terhadap individu sebelum disahkan layak menerima vaksin.

“Ini bagi memastikan individu yang tidak sesuai menerima vaksin tidak diberi suntikan vaksin Covid-19,” katanya