APM Ambil Masa Sembilan Minit Tangkap Ular Tedung di Kg Cina, Beaufort

BEAUFORT: Hanya sembilan minit diperlukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menangkap seekor ular tedung di sebuah rumah di Kampung Cina berhadapan dengan Masjid Beaufort petang semalam.

Advertisements

Menurut kenyataan APM hari ini, Skuad Alpha diketuai SJN (PA) Maidin Ebin dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 6.51 petang.

Skuad itu tiba di lokasi berkenaan 6.55 petang dan berjaya menyelesaikan operasi menangkap ular tedung itu pada kira-kira 7.04 petang.

Ular tedung seberat 200 gram dan berukuran satu meter panjang itu dijumpai di dalam tandas rumah mangsa Maslidin Kadi.

Kenyataan itu berkata selepas ditangkap, ular berkenaan telah dilepaskan ke habitat asal yang jauh dari kehidupan manusia.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles